Tuesday, September 20, 2011

Fitness Addict : Q &A Part 1

Hari ni, gua nak jadi kaunter jawapan.

Soalan 1: 

Sila tengok screen shot. (boleh click untuk besarkan) Sebenarnya boleh je gua taip balik, tapi sebab ada pujian dalam tu, gua saja je nak tunjuk kat lu orang. Biasa la, diva memang gila glamour, kan? Sangat macam geli geleman kalau gua taip balik dengan pujian tu kan? Auwwwwww....

Jawapan :

Makan buah yer???? Banyak mana makan? Satu jam di treadmill sehari tu adalah agak lama. Badan manusia, haiwan, orang asli serta makhluk asing perlukan tenaga. Pertama, kira Basal Metabolic Rate lu. Lu jangaan la sampai drastic kedebummmmmm makan sikit macam semut. Semut ke anai-anai ke lain la, sebab diorang tak ada la pulak nak jalan atas treadmill sejam sehari. Selama gua tengok National Geographic, semut dan anai-anai tak ada lah advance macam manusia sampai invent treadmill untuk semut obese. Gua agak-agak kalau nak invent treadmill untuk semut yang ada 6 KAKI, macam mana eh? Ce  explain ce explain...

BMR ni secara bahasa kampung, keperluan tenaga satu hari. Macam mana nak kira? Haihssss google saja la BMR calculator. Sekarang ni, macammmm macammm adaaaaa... Car loan calculator, bank interest calculator, partner name calculator, love calculator.... cegugel cegugel.

Lepas tu, ambil 20% less calories dari BMR tu cakap pada lu orang. Kalau lu orang rajin melompat atas treadmill, akan bako lagi calories, so, akan mempercepatkan lagi pengurusan pemerutan lelemakan lu orang tu. Btw, sumber kalori seeloknya di lebihkan protein.. PROTEIN hokey, bukan dari lemak dah karbohidrat. Protein tu apa wahai cik Ugly?? Cegugel cegugel...

Hah kira kalori??? Macam mana??? Cegugel cegugel.

Buah tu bagus, too much buah nanti excess sugar dalam badan. Tapi kalau degil nak makan buah sangat, makan lah, ambil yang tinggi serat dan filling sikit, buah pisang ke. Dan makan lah secara kerap dan portion dia sikit-sikit, supaya otak tak dapat signal badan lapar.Hah.. untuk budak-budak gemok, buah yang manis adalah baik untuk kill craving.

Gua dulu, pada malam-malam yang insaf tak nak makan nasi lemak tengah-tengah malam lepas balik dari gym, gua suka kunyah buah anggur sambil  berzikir sepanjang-panjang perjalanan dari Fitness First ke rumah untuk bunuh perasaan budak gemok yang sokmo nak melantak. Rasa aman dan tenang je. Ha ha ha..

Nasi seminggu sekali dua is fine. Banyak mana makan nasi tu? Dah la makan buah JE? OMG! Jangan cakap makan setengah senduk sekali. Nasi tak berdosa dan tak ada la pahala sangat. Kalau boleh, kawankan nasi tu dengan benda yang sopan dan benda yang tak suka melekat stay lama-lama dalam badan. Karbohidrat tu salah satu sumber tenaga. TENAGA tu PENTING! Kalau badan tak ada energy, nanti otak bagi signal lapar pada badan, so metabolism auto jadi rendah, pembakaran lemak tak berlaku. So, makan banyak sikit tak apa, sebab kita bukan semut, kita exercise sejam sehari woooo....

Physical stress...ni susah sikit nak jawab, ni macam medical term sikit. Ni budak accounting jawab ni, nanti jangan ada doctor-doctor mai tembak gua kat sini pulak. Kalau physical stress sebab body over react towards exercise, sampai tak boleh tidur malam sebab too energetic, bangun tidur je nak lompat atas treadmill, emosi goyang-goyang sebab tak cukup rehat, kemurungan dan perlakuan di luar tabii (jangan baca secara sonsang okey??) mungkin otak belum lagi dapat terima dan badan belum selesa dengan"tabiat" terbaru iaitu window shopping atas treadmill. So, jangan over exercise, kita kena moderate dalam semua benda kita buat..

Dalam Islam pon ada konsep besederhana. Tak semua badan boleh terima orang gila macam gua yang boleh exercise maximum 8jam sehari, dengan purata seminggu 21jam. Kalau nak buat juga, jangan secara mendadak. Mana ada orang yang boleh tiba-tiba je join marathon, lari 42km. Kena slow and steady, baru badan boleh terima. Marathon tuuuuuuuu at least training setengah tahun baru boleh untuk orang normal. Mana ada orang yg tidur mimpi marathon lepas tu next week terus lumba???? So, slow and steady bebeh.. Badan perlu masa untuk adapt dengan kegilaan terbaru anda.


Soalan 2:



Sila tengok screen shot. Tapi memandangkan orang yang taip ni macam cacat sikit, gua re-type dan rephrase balik lah kann... haihss.. ni dari seorang kawan yang gian bebenor nak membeli.

"Weh..hang suka naik cross trainer ka treadmill?"

Jawapan :

Treadmill atau crosstrainer adalah investment yang besar, kecuali lu Paris Hilton ke, Obama ke.. Macam mana nak memilih equipment untuk diri sendiri letak dalam rumah, berkurung dan  bersenam?

Kawan-kawan, kalau nak memilih alatan yang baaaaaapaaak mahal, kita kena ambil kira keseronokan selain dari kalori yang akan dibako bako bako. Contohnya, gua nak tanya lu orang, mana satu syokkkkk... urut atas kerusi OSIM atau pergi rumah urut? Hah... so untuk jawapan di atas, mana lu suka, lu suka mengganyang treadmill atau crosstrainer...

Gua bagi contoh, ada dua equipment, A & B. Dua-dua sama mahal. Equipment A bako lagi banyak kalori dari B, tapi lu lagi suka equipment B. Tapi lu beli equipment A, sebab secara kalkulatifnya, nak kurus cepat bebenor. Lu rasa lah kan, percentage equipment A yang lu beli dengan peluh darah dan airmata tu nak tersadai tak berteman kat stor umah lu tinggi tak? Fikir-fikirkan dan selamat beramal!

INGAT..

Exercise should be fun, or else, better makan fast food atas katil.


Btw, gua sangat suka pada puji-pujian, dan agak gila glamour, gua believe pada "Inspired people to inspired us" So, what we give we get back.. Auwwww... lagi satu, erm, sila baca dengan nada serius. Gua rasa MOTIVASI ITU ADALAH SATU DAKWAH. Agree? Kalau setuju, sila click LIKE button bawah ni. Sekian, terima kasih.




2 comments:

Teh said...

kerlasss u ols akak.....very the artis....

i pun nk mntak tips jugak la...

LediAgli said...

ahhhdek.. u nak diet apa.. u kan ke sohhlidd mohhliddd