Sunday, September 25, 2011

Acara Coastal - 5 Track


Aktiviti Ahad gua dipenuhi dengan acara Coastal. Pagi yang memang ayam Malaysia memang tak bangun lagi gua dah bangun mandi. Jam 6.30 pagi dah keluar rumah. Tapi di Sydney ni, jam 6.30 tu dah macam boleh sunat duha dah kot? Kalau nak ber'Coastal lewat-lewat nanti kulit tukar jadi belanga. So 6.30am tu waktu afdhal

Dia punya layan satan kat mata ni jangan cakap la. Tambahan hujan renyai-renyai pulak tu. Fuhhhhh satan cakap jom tido, gua pon macam nak cakap benda sama juga. Btw, gua hari ini ada dating dengan seorang peminat di kota Sydney. Fuhyooo...muntah cepat muntah cepat. 

Alkisah awek ni baca blog gua, yang entry hari raya tu. Nak-nak pula dia pon kena kencing dengan Pakcik Thai Botak. So, di situ la gua kenal awek ni. Anggap je la awek ni peminat gua, kan senang. Gua kan ke gila glamer. Diva kan? *muntah*

Mula-mula track pertama acara coastal dimulakan dengan warm up Coastal Walk. Dia punya sejuk, gigit habis tulang gua. Maklumlah lemak gua kan ke dah derma banyak dah. Eceh...budget kurus la tu. Ptuihs. Di beach apa pon gua kurang arif, maklumlah gua orang Kedah, lu cerita Pantai Merdeka gua reti la. 

Haihs, baru je 15 minit coastal walk, dah patah balik, hujan makin menggila. Tensen kepala gua. Baru je nak feeling-feeling mat saleh sikit jalan tepi pantai sambil hirup udara sedar pagi-pagi buta. Sebelum kitorang mandi air hujan, baik balik. Lagi best kot mandi air pantai gigil dari air hujan?

So, kitorang continue track kedua, which is Coastal Breakfast. Hah...maklumlah terlebih over acting bangun awal dari ayam. Satu kedai pon tak buka. Mamak? Hoi... lu ingat KL ke bersepah kedai mamak 24jam. Sini semua support iktiraf "working family" maksudnya ko kene kerja ngam ngam ho je 8jam. Kalau lebih baik lu masuk zoo. Haiwan dalam zoo pon office hour jer kerja. Apa kes?


Punya la pusing dengan kereta lalu lalang semua area pantai-pantai di Sydney. Perghh pemandangan tu.. Subhanallah.. cun siotttt! Pengsan! Bila dah penat kereta makan minyak, dan nampak ada kedai-kedai kopi buka, we all pon berhenti lepak Gloria Jeans makan beskut. Yer lah, dah keluar mengalahkan ayam, kan?

Dia punya sembang tu, macam murai. Semua cerita keluar. Maklumlah baru kenal hari ni, sedangkan dah sedut oksigen sekor-sekor dah dekat empat dekad. Opsss...  Over acting betul. Jadi kena cover topic yang dari lahir sampai ke tarikh hari ni.

Track tiga kitorang ialah Coastal Shopping. Haihhhss... Bayangkan dalam hujan lari pecut dari parking kereta. Sorang-sorang macam rappers dengan hook atas kepala. Yo yo! Itulah namanya perempuan. Huhuhuhu. Catch for the day untuk dua orang paling cool dalam hidup gua. Abah handsome dengan Mama vogue.

Perghh..gua beli baju pesen cap ragbi untuk abah gua. Mesti kalau dia bawak pergi sembahyang nanti ada mamat-mamat handsome jeles. Kalau di Malaysia nunnn mahal kedaungggg harga dia. Memang jual bulu lah nak beli. Untuk mama gua beli tempat brewed kopi dan teh. Bagi buat air kopi kaww kaww sket, nanti balik kampung nanti gua boleh goreng cekodok pisang cicah kari ikan tiga malam lepas yang reheat sampai pekat. Minum dengan kopi.. terangkat weihhh... sampai langit ke tujuh.. Fuh!

Lepas dah lenguh-lenguh tangan, kaki dan mulut, kitorang pon pusing balik rumah awek tu. So, track ke empat Coastal Recovery untuk hari ini ialah makaaaaaannnn. Husband dia masak nasi ayam wohhhhh.... Sedap sedap sedap. Gua tambah tiga kali. Terbaek lahhh. Sungguh tak malu, walaupon agak tebal muka juga sikit-sikit waktu hulur tangan ambil bekas nasi tambah untuk kali ke tiga tu.


Tapi untuk menjaga hati semua orang, gua tak akan post gambar nasi ayam yang cantik-cantik, gua post gambar nasi ayam yang dah habis kitorang makan. Baik tak gua? Baik kan kan kan kan? Ha ha ha ha. Solehah betul perangai gua.


Bila balik rumah, gua letak beg je terus pergi jalan-jalan window shopping lagi. Lepas balik rumah, gua buat track ke lima, Coastal Party Time. Wakakakakkaka.. melantak 4biji caramel tart dan juga main course gua. Pergh.. dia punya cili di sambal tumis daging tu, berpeluh ketiak.

Dan, lepas tu, ini ialah muka gua yang happy selepas habiskan semua "track" dalam aktiviti Coastal. Rasa macam Les Mills exercise program tak? Ada 5 track semuanya. Hahaha.. hoi gian ke? Baru sehari tak pergi gym dah meroyan?

Well, gua pon tak paham acara "coastal" ni sampai ke makan ke shopping. Ni term baru coastal gamaknya. Mwahahhahaha


  

7 comments:

Ezad said...

maken vok la ko lepas ni..

hahaha

LediAgli said...

tak de maknenyeee abglong.. hahahaha

Lea Dzahir said...

seronoknya jalan2.. wah adik.. nampak awesome gitu.. ;)

Lyna said...

woooo u laaa minah paling perasan! ;P

btw, nampak i 'sendat' gile seh dlm pic tu..malu i...haha

LediAgli said...

Sis @Lea Dzahir...
Hahaha jalan2 sambil kerja sis.. bunuh dua burung dgn satu batu...

LediAgli said...

@Lyna
biasa la.. diva mmg perasan.. bwakakakakka... sendat dalam pic ja.. kat luar bergetah woo... kerengga wa cakap lu!

nae said...

woiiitttt...awat rambut pendek??? simpan le panjang balik bagi xtra jelitasss